Friday, July 01, 2011

LARIAN 1 MURID 1 MALAYSIA

 

DASAR 1Murid 1Sukan 1Malaysia (1M1S) mula dilaksanakan pada tahun 2011 setelah diumumkan 1 tahun yang lalu. Dasar ini mewajibkan setiap murid termasuk berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 jenis sukan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Untuk melaksanakannya maka penerangan melalui surat-surat pekeliling dan taklimat telah disampaikan walaupun tidak dapat sampai ke semua pihak yang berkaitan di sekolah.
Sesi penerangan akan diteruskan supaya dasar ini akan dapat difahami oleh semua pihak yang berkepentingan supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
Sebenarnya sukan di sekolah merupakan satu aktiviti yang wajib ke atas murid-murid yang sihat.
Belum dan tidak ada arahan yang membatalkan kewajipan aktiviti sukan di kalangan murid setakat ini.
Oleh itu, tidak ada sebab kalau ada mana-mana pihak yang mengatakan dasar ini adalah satu tanggungjawab tambahan yang membebankan.
Dasar yang bertujuan untuk mengembali dan memulihkan apa yang telah ditetapkan tidak seharusnya dilihat dan ditafsirkan dengan beberapa interpretasi sebagai helah untuk tidak melaksanakannya.
Bukan setakat aktiviti sukan sahaja yang dilihat malap buat beberapa ketika di sekolah tetapi mata pelajaran pendidikan jasmani juga mengalami nasib yang hampir serupa.
Kekurangan guru yang terlatih selalunya dijadikan sebab mata pelajaran ini tidak dapat dilaksanakan sepatutnya.
Pengukuhan pelaksanaan pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani ini sedang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran.
Adalah diharapkan dalam masa terdekat mata pelajaran ini bukan lagi menjadi waktu gantian dengan mata pelajaran yang lain yang dianggap oleh pengurusan sekolah sebagai lebih penting.

Sumber: http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/06/28/2-julai-larian-serentak-1murid-1sukan-1malaysia/

1 comments:

zann_nies said...

Sekarang dasar ini menjadi bualan guru-guru di sekolah selepas larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia..pd 2hb Julai yg lalu,semua sekolah wajib mengadakan larian ini..baiknya larian ini menyatukan hubungan silaturrahim kaktitangan sekolah dgn masyarakat sekeliling.semoga dasar ini dapat dilaksanakan bukan hnya sekadar impian sahaja.